kalender islam

Followers

5 WASIAT DARI ALLAH S.W.T. KEPADA RASULULLAH S.A.W

    Dari Nabi S.A.W., "Pada waktu malam saya diisrakkan sampai ke langit,
Allah S.W.T telah memberikan lima wasiat, antaranya :

>>    Janganlah engkau gantungkan hatimu kepada dunia
        kerana sesungguhnya Aku tidak menjadikan dunia ini untuk engkau.

>>    Jadikan cintamu kepada-Ku sebab tempat kembalimu adalah kepada-Ku.

>>    Bersungguh-sungguhlah engkau mencari syurga.

>>    Putuskan harapan dari makhluk kerana sesungguhnya mereka
        itu sedikitpun tidak ada kuasa di tangan mereka.

>>    Rajinlah mengerjakan sembahyang tahajjud
        kerana sesungguhnya pertolongan itu berserta qiamullail.

    Ibrahim bin Adham berkata, "Telah datang kepadaku beberapa orang tetamu,
dan saya tahu mereka itu adalah wakil guru tariqat. Saya berkata kepada mereka,
berikanlah nasihat yang berguna kepada saya,
yang akan membuat saya takut kepada Allah S.W.T.

    Lalu mereka berkata, "Kami wasiatkan kepada kamu 7 perkara, iaitu :

>>    Orang yang banyak bicaranya janganlah kamu
        harapkan sangat kesedaran hatinya.

>>    Orang yang banyak makan janganlah kamu
         harapkan sangat kata-kata himat darinya.

>>    Orang yang banyak bergaul dengan manusia
         janganlah kamu harapkan sangat kemanisan ibadahnya.

>>    Orang yang cinta kepada dunia janganlah kamu
         harapkan sangat khusnul khatimahnya.

>>    Orang yang bodoh janganlah kamu harapkan
         sangat akan hidup hatinya.

>>    Orang yang memilih berkawan dengan orang yang
         zalim janganlah kamu harapkan sangat kelurusan agamanya.

>>    Orang yang mencari keredhaan manusia janganlah harapkan sangat akan keredhaan Allah daripadanya."



Isi daripada file tersebut saya ambil
dari beberapa situs di internet yang saya temui.
Saya hanyalah merangkumnya untuk bisa
dijadikan bacaan bagi umat Islam.

Wassalam

0 komentar:

Post a Comment

Search This Blog

Blog Archive






ShoutMix chat widget




Blog List

Powered by Blogger.